Santan Segar Padang Luas Besut

Santan segar jerteh

Santan segar di Besut kawasan Kampung Padang luas. Lokasi kedai tu berdekatan 7e bersebelahan dengan kedai makan dan bengkel kereta.

Apa yang menarik kt kedai tu? Santan segar pekat tidak campur dengan air. Sama la seperti yang dijual kat mana2 kedai santan segar tu la. Cuma yang menarik di sini adalah dapat percuma santan cair atau sini mereka panggil Kemacar. Kemacar ni dihasilkan dari perahan santan kali ke-2 & dicampur sedikit air sebab tu ia cair. Ianya diberi percuma saja selagi belum habis. Melainkan santan frozen, biasa takde la kemacar ni, kalo nasib baik, ada lg.

Sanatan segar padang luas
Ni lokasi dan rupa kedai tu.
santan segar cod besut
Santan pekat & santan cair(kemacar).

Santan sejuk beku juga ada di sini dijual pada harga RM1 sebekas kecil.

santan frozen
Santan Frozen
Santan sejuk beku
Inilah rupa bila dibuka, boleh terus masuk dalam periuk.

Kedai ini juga menawarkan penghantaran COD ke kawasan berdekatan dan sekitar Jerteh.

Bawang Murah RM2 sekilo
Bawang RM2 sahaja

Nanti ada dijual bahan2 masakan lain seperti rempah ratus dan sebagainya.

Di sini juga ada perkhidmatan repair komputer & laptop. Ianya hanya beroperasi secara sambilan sahaja, jadi takde la express tu. Sesiapa yang nak cepat siap, kedai ni bukan pilihan la. Tapi harga yang ditawarkan sangat berpatutan.